Assalamualaikum Dan salam 1Malaysia

 

Menjadi hasrat Jabatan agar setiap Akauntan menjadi ahli persatuan untuk menggerakkan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan kompetensi dan mengeratkan Silaturrahim. Saya pasti dengan adanya Laman Web ini akan dapat meningkatkan lagi Peranan PERASAMA dalam menyalurkan pelbagai maklumat mengenai aktiviti dan kegiatannya.

Dato ANM

Akauntan sektor awam berperanan penting untuk merealisasikan hasrat dan wawasan negara menerusi aktiviti dan program yang tertentu. Dengan berkongsi pengetahuan, pengalaman dan ilmu dalam bidang masing-masing dikalangan ahli-ahli, sudah tentu ianya dapat meningkatkan kredibiliti perkhidmatannya kelak.

 

Saya juga yakin PERASAMA akan terus berkembang maju di masa hadapan dan berperanan untuk meningkatkan fungsinya kepada organisasi JANM, ahli-ahli dan masyakat yang menjadi pelanggan kita semua. Saya berdoa agar kepimpinan yang ada akan dapat mengorak langkah, sehati sehaluan merencana dan mempelbagaikan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara kelak.

 

Sekian, terima kasih

 

Datuk Wan Selamah bt Wan Sulaiman

Akauntan Negara Malaysia

Pencalonan Wakil PERASAMA sebagai Ahli Majlis MIA DI BAWAH Seksyen 8, Akta Akauntan 1967

Sukacita dimaklumkan bahawa PERASAMA telah mencalonkan Encik Yacob bin Mustafa No MIA 6651 sebagai wakil PERASAMA bertanding dalam pemilihan tersebut.

Justeru itu semua ahli-ahli PERASAMA diminta untuk meyerahkan “Ballot Paper” berserta proxy form yang telah lengkap kepada Setiausaha Agong PERASAMA Cik Arpah Md Jais @ Dahlan selewat-lewatnya pada hari Khamis 22 September 2011 untuk dibawa ke Mesyuarat Agong Tahunan MIA yang dijadualkan pada 24 September 2011.
PROGRAM CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR)

Adalah dimaklumkan PERASAMA akan mengadakan Program Corporate Social Responsibility (CSR) Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan Sempena Hari Raya Aidilfitri seperti berikut:

Tarikh : 27 September 2011 (Selasa)
Tempat : Rumah Seri Kenangan, Cheras KM 18, Jalan Cheras, 43000 Kajang Selangor
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg


Sila muat turun poster makluman di sini dan muat turun Borang Penyertaan Lawatan, sila klik di sini. Sila hantar selewat-lewatnya 15 September 2011 kepada urusetia.
MESYUARAT AGONG TAHUNAN PERASAMA KALI KE-24

Adalah dimaklumkan bahawa PERASAMA akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan kali ke-24 yang akan diadakan seperti jadual berikut:

Tarikh : 13 Julai 2011
Tempat : Dewan Serbaguna, Aras 7, JANM.
Masa : 3.30 ptg - 5.00 ptg


Maklumat lanjut sila muat turun notis makluman di sini.

Muat turun surat jawapan sila klik di sini.
Accountants Today - In the service of the Government (Jun 2011)

Majalah Accountants Today telah memprofil akauntan wanita terkemuka dalam sektor perakaunan awam Malaysia, Akauntan Negara YBhg Datuk Wan Selamah Wan Sulaiman.

Fail dimuat naik dalam format PDF.

Klik di sini untuk lihat

Nota dan Slaid NAPSAC 2011

Nota dan Slaid untuk The National Public Sector Accountants Conference (NAPSAC 2011) yang telah berlangsung pada 6-7 Jun 2011 bertempat di Pullman Kuching Petrajaya, Sarawak boleh dilihat dalam pautan KM.

Sebanyak 13 nota dan slaid telah dimuatnaik.

Klik di sini untuk lihat

The National Public Sector Accountants Conference (NAPSAC 2011)

Gambar-gambar untuk The National Public Sector Accountants Conference (NAPSAC 2011) yang telah berlangsung pada 6-7 Jun 2011 bertempat di Pullman Kuching Petrajaya, Sarawak boleh dilihat dalam pautan Galeri/Berita.

Sebanyak 592 keping gambar telah dimuatnaik.

Klik di sini untuk lihat

Keratan Akhbar berkaitan NAPSAC 2011

Keratan-keratan akhbar untuk The National Public Sector Accountants Conference (NAPSAC 2011) yang telah berlangsung pada 6 & 7 Jun 2011 bertempat di Pullman Kuching Petrajaya, Sarawak boleh dilihat dalam pautan Galeri/Berita.

Keratan akhbar ini diambil dari New Sarawak Tribune, The Star, The Borneo Post, Utusan Borneo dan Utusan Sarawak.
Video PERASAMA NAPSAC 2011

Video promo dan juga video montaj untuk The National Public Sector Accountants Conference (NAPSAC 2011) yang telah berlangsung pada 6 & 7 Jun 2011 bertempat di Pullman Kuching Petrajaya, Sarawak boleh dilihat dalam pautan Galeri/Berita.

Video boleh dilihat secara online.
Pengumuman Kepada Peserta Persidangan Kebangsaan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan 2011 Kepada semua peserta Persidangan Kebangsaan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan 2011 adalah dijemput untuk menghadiri Makan Malam Gala pada ketetapan berikut:

Tarikh : 6 Jun 2011
Tempat : Banquet Hall Pullman Kuching Petrajaya, Sarawak
Masa : 7.00 malam
Pakaian : Pakaian Kebangsaan, Long Suit atau Batik


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila salurkan maklumat berkenaan kepada perasama_komunikasi@anm.gov.my. Harap maklum.
The National Public Sector Accountants Conference (NAPSAC 2011)

Persidangan Akauntan PERASAMA pada tahun 2011 akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh : 6 & 7 Jun 2011
Tempat : Pullman Kuching Petrajaya, Sarawak
Bayaran : RM990 seorang (tanpa penginapan)


Sila muat turun borang dan program sepanjang persidangan tersebut pada pautan ini. Disertakan juga Borang Penginapan untuk diisi oleh peserta.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila salurkan maklumat berkenaan kepada perasama_komunikasi@anm.gov.my. Harap maklum.